Sharahan Hakikat Insan (Sesi ke-27)
Fri, 14 Aug
|Bilik Ilmuan 1, Menara Razak
Ini adalah sesi sharahan bulanan yang disampaikan oleh Dr. Roslan Jelani (Felo Penyelidik Kanan RZS-CASIS), yang dijalankan secara bersemuka di UTM Kuala Lumpur.


Time & Location
14 Aug 2026, 9:00 pm – 10:30 pm MYT
Bilik Ilmuan 1, Menara Razak, Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Sultan Yahya Petra, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
About the event
Kehadiran secara fizikal adalah PERCUMA. Bagi mendapatkan akses kepada siaran secara langsung serta rakaman dalam siri sharahan ini, sila melanggan PELAN yang bersesuaian dan ikuti koleksi siri sharahan ini di SINI.
Pada sesi yang lalu, Dr. Roslan Jelani telah membahaskan hakikat insan dengan membezakan darjat manusia daripada alam mineral, tumbuhan, dan haiwan melalui pendekatan metafizik Islam. Manusia memiliki al-nafs al-natiqah yang unik, yang merangkumi daya 'alimah (kognitif) dan 'amilah (aktif) untuk mencapai kebenaran hakiki dan mengurus tadbir alam. Berbeza dengan teori evolusi, manusia dipandang sebagai khalifatullah yang dicipta secara khusus melalui proses istiwa' (penyempurnaan jasad) sebelum menerima tiupan ruh daripada Allah. Beliau mengajak kita untuk menyucikan jiwa agar cermin hati dapat memantulkan surah 'ilmiah atau hakikat ketuhanan dengan jelas demi mengekalkan keharmonian kosmos.
