Aqa'id al-Nasafi
Sat, 04 Oct
|Kediaman Dr. Roslan Jelani
Sesi ke-8 Rumusan Karya Profesor Diraja Terpuji Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas (The Oldest Known Malay Manuscript: A 16th Century Malay Translation of the ‘Aqā’id of Al-Nasafī).


Time & Location
04 Oct 2025, 9:00 pm – 10:30 pm
Kediaman Dr. Roslan Jelani, 5918, Lorong Sri Cahaya 3, Kampung Melayu Subang, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Guests
About the event
Kehadiran secara fizikal adalah PERCUMA. Bagi menonton sesi sharahan secara langsung atau siri rakaman sharahan yang lalu, sila klik di SINI.
Pada sesi sharahan ke-7 yang telah lalu, Dr. Roslan telah membincangkan perbezaan mendalam antara pandangan alam Islam dan Barat, terutamanya mengenai konsep realiti dan epistemologi. Dalam Islam, realiti (al-haq) adalah tetap, mantap, dan tidak dapat dinafikan (berpunca daripada nama Allah, Al-Haq), dan pemahaman tentangnya mesti berpunca daripada prinsip intuitif atau wahyu. Ini sangat bertentangan dengan pandangan Barat, terutamanya yang dipengaruhi oleh empirisisme falsafah dan skeptisisme kritikal, yang mereduksi realiti kepada pena'akulan diskursif berdasarkan pengalaman deria dan menganggap bahawa semuanya tertakluk kepada perubahan dan ketidakpastian (tiada kemuktamadan).