RZS-CASIS FORUM
Perihal Keadilan dan Hakikat Insan
Bagi mengikuti Forum secara langsung di atas talian secara PERCUMA, sila mendaftar sebagai 'Site Member'.
​​​​
Sempena Forum ini,
NIKMATI DISKAUN 100%
Bagi bulan pertama langganan
Masukkan kod kupon: SNL2026 ketika membuat pembayaran
​​
​Bersempena Ramadan kali ini, RZS-CASIS berbesar hati ingin mengundang semua untuk turut serta menyertai sesi Forum yang akan membincangkan Perihal Keadilan dan Hakikat Insan. Tajuk forum ini adalah bersempena dengan penerbitan buku hasil terjemahan terkini Profesor Madya Dr. Khalif Muammar A. Harris terhadap karya Profesor DiRaja Terpuji Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, On Justice and the Nature of Man (2015).
Forum akan menampilkan barisan panel daripada kalangan para pensharah RZS-CASIS; Profesor Dr. Tatiana Denisova, Dr. Mohd Hilmi Ramli (Pengarah RZS-CASIS), Dr. Muhammad Ikhwan Azlan, Dr. Syed Redzuan Omar Alsagoff, dan Dr. Dayang Nurhazieqa Hamzani, yang masing-masing akan membicarakan beberapa aspek penting yang terkandung dalam karya asli dan karya terjemahan tersebut.


.png)
