Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam
Fri, 01 May
|Kek Molek Cafe
Kandungan karya Profesor al-Attas ini dengan susunan hujah-hujahnya akan diberikan pencerahan serta dikaitkan kembali ke tradisi turath Islam oleh muridnya sendiri, Dr. Roslan Jelani. Ini adalah sesi sharahan yang ke-14.


Time & Location
01 May 2026, 9:00 pm – 10:30 pm MYT
Kek Molek Cafe, 5436, Jalan J 9, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
About the event
Kehadiran secara fizikal adalah PERCUMA. Bagi mengikuti sharahan siaran secara langsung di atas talian serta rakaman dalam siri sharahan ini, sila klik di SINI.
Pada sesi ke-13 yang lalu, Dr. Roslan telah menelusuri cabaran berat yang dihadapi oleh kaum Muslimin apabila berhadapan dengan ilmu pengetahuan moden yang ditafsir melalui lensa falsafah sekular. Kerangka epistemologi moden, yang didasarkan pada kaedah rasionalisme dan empirisisme, secara fundamental menafikan kenyataan yang datang daripada wahyu, sebaliknya melihat alam semesta hanya sebagai benda (material) tanpa sebarang makna rohani. Akibat keasyikan ini, kebergantungan kepada ilmu sedemikian memutuskan hubungan insan dengan hakikat metafizik, menyebabkan jiwa terperangkap dalam keadaan syak dan mengalami kehidupan yang sengsara. Oleh itu, panduan Profesor Al-Attas menekankan kepentingan meneliti tujuan sains moden yang sering mengandungi pandangan syirik, menegaskan bahawa segala manfaat yang ingin diambil mesti melalui proses penyucian dan diIslamkan kembali ke dalam kerangka pandangan alam tauhid.
