Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam
Sun, 23 Feb
|Kek Molek Cafe
Kandungan karya Profesor al-Attas ini dengan susunan hujah-hujahnya akan diberikan pencerahan serta dikaitkan kembali ke tradisi turath Islam oleh muridnya sendiri, Dr. Roslan Abd. Jelani. Ini adalah sesi sharahan yang ke-6.


Time & Location
23 Feb 2025, 9:00 pm – 10:30 pm MYT
Kek Molek Cafe, 5436, Jalan J 9, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Guests
About the event
Kehadiran secara fizikal adalah percuma. Bagi mendapatkan akses kepada siaran secara langsung serta rakaman dalam siri sharahan ini, anda perlu mendaftar sebagai 'Site Member' dan melanggan pakej yang berkaitan. Langganan anda membantu kami dalam pengendalian platform ini serta penganjuran program-program yang berkaitan. Sokongan anda amatlah dihargai. Terima kasih.
Sejauh mana Islam selaku tamadun yang berakar-umbikan Tanzil mampu menyelesaikan permasalahan ketara yang didokong kemodenan? Bagaimana faham-faham utama yang mencirikan tamadun Barat patut difahami dari sudut pandangan alam Islam? Apakah dengan menanggapi faham ilmu yang sebenar, insan mampu meraih ma'na hakiki kewujudan yang dialaminya? Apakah peranan diri insan dalam menggapai kesejahteraan abadi melalui pengabdian berterusan kepada Yang Maha Esa? — dan mampukah kesejahteraan tersebut dikecapi dalam medan sekular yang teramat kuat penentangannya terhadap agama dan segala pema’naannya?
Persoalan-persoalan sebegini telahpun ditelusuri Tan Sri Prof. Sayyid Muhammad Naquib al-Attas dalam Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam. Perbicaraan yang dicetuskan beliau seawal karya…