top of page

Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam

Fri, 26 Sept

|

Kek Molek Cafe

Kandungan karya Profesor al-Attas ini dengan susunan hujah-hujahnya akan diberikan pencerahan serta dikaitkan kembali ke tradisi turath Islam oleh muridnya sendiri, Dr. Roslan Jelani. Ini adalah sesi sharahan yang ke-11.

Pendaftaran telah ditutup
Lihat sesi sharahan lain
Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam
Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam

Time & Location

26 Sept 2025, 9:00 pm – 10:30 pm MYT

Kek Molek Cafe, 5436, Jalan J 9, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Guests

About the event

Kehadiran secara fizikal adalah PERCUMA. Bagi mendapatkan akses kepada siaran secara langsung serta rakaman dalam siri sharahan ini, anda perlu mendaftar sebagai 'Site Member' dan melanggan pakej yang berkaitan. Langganan anda membantu kami dalam pengendalian platform ini serta penganjuran program-program yang berkaitan. Sokongan anda amatlah dihargai. Terima kasih.


Sepanjang 10 sesi yang telah lalu, Dr. Roslan Jelani membincangkan mengenai ancaman pensekularan terhadap masharakat Muslim kini dan merujuk kepada karya Profesor Sayyid Muhammad Naquib al-Attas sebagai penawar. Dr. Roslan juga telah menggariskan bagaimana pandangan alam sekular telah merosakkan ilmu, akhlak, dan pemahaman diri dalam kalangan umat Islam, menyebabkan kekeliruan dan penyelewengan daripada ajaran Islam.


Dr. Roslan menyeru untuk mengkaji semula sejarah keilmuan Islam, khususnya di Alam Melayu, dan mengukuhkan konsep tawhid untuk mengatasi pengaruh modenisme Barat yang mengagungkan sains dan kebendaan. Penekanan diberikan kepada bahasa Melayu sebagai medium yang penting untuk mengembalikan makna ruhani dan ketulenan ilmu, yang kini semakin hilang…


Share this event

bottom of page