top of page

Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam

Fri, 03 Jul

|

Kek Molek Cafe

Kandungan karya Profesor al-Attas ini dengan susunan hujah-hujahnya akan diberikan pencerahan serta dikaitkan kembali ke tradisi turath Islam oleh muridnya sendiri, Dr. Roslan Jelani. Ini adalah sesi sharahan yang ke-16.

Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam
Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam

Time & Location

03 Jul 2026, 9:00 pm – 10:30 pm MYT

Kek Molek Cafe, 5436, Jalan J 9, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

About the event

Kehadiran secara fizikal adalah PERCUMA. Bagi mengikuti sharahan siaran secara langsung di atas talian serta rakaman dalam siri sharahan ini, sila klik di SINI.


Pada sesi yang lalu, Dr. Roslan Jelani telah membincangkan mengenai pertentangan antara falsafah sains moden yang berakar pada pandangan alam sekular dengan falsafah sains Islam yang berpaksikan tauhid. Beliau menegaskan bahawa sains masa kini cenderung menafikan peranan Allah sebagai Pencipta (al-Khaliq) dan pentadbir alam, sebaliknya mempromosikan teori evolusi serta konsep alam yang berdiri sendiri tanpa permulaan atau pengakhiran. Ketidakpedulian terhadap agama ini mengakibatkan ilmu pengetahuan kehilangan makna ruhaniah dan keadilan, kerana ia dihadkan hanya kepada fakta yang boleh dicapai oleh pancaindera dan logik akal semata-mata. Sebagai jalan keluar, umat Islam digesa untuk melangkaui kerangka epistemologi Barat dengan mengintegrasikan semula wahyu dan ilham sebagai sumber ilmu yang sah. Hanya melalui penyucian jiwa dan pengiktirafan terhadap wujud al-Haq, manusia dapat memahami hakikat alam yang sebenar sebagai tanda-tanda kebesaran…

Share this event

bottom of page