Aqa'id al-Nasafi
Sat, 02 Aug
|Kediaman Dr. Roslan Jelani
Sesi ke-5 Rumusan Karya Profesor Diraja Terpuji Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas (The Oldest Known Malay Manuscript: A 16th Century Malay Translation of the ‘Aqā’id of Al-Nasafī).


Time & Location
02 Aug 2025, 9:00 pm – 10:30 pm
Kediaman Dr. Roslan Jelani, 5918, Lorong Sri Cahaya 3, Kampung Melayu Subang, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Guests
About the event
Bagi menonton sesi sharahan secara langsung atau siri rakaman sharahan yang lalu, sila mendaftar sebagai 'Site Member' dan melanggan pakej yang bersesuaian. Langganan anda membantu kami dalam pengendalian platform ini serta penganjuran program-program yang berkaitan. Sokongan anda amatlah dihargai. Terima kasih.
Pada 4 sesi sharahan yang telah lalu, Dr. Roslan telah membincangkan tentang kitab Aqā‘id al-Nasafī yang merupakan sebuah kitab penting dalam disiplin ilmu kalām. Dr. Roslan telah memperkenalkan kitab tersebut dan sharahnya oleh Sa‘ad al-Dīn Taftāzānī, dan beliau menekankan kepentingan kedua-dua karya ini dalam sejarah intelektual Alam Melayu.
Dr. Roslan juga telah menghuraikan konsep shara‘ dan sharī‘ah serta hubungan keduanya. Dr. Roslan juga telah membawa perbincangan tentang ilmu kalām sebagai benteng terhadap bid‘ah dan fahaman sesat, menjelaskan perbezaan antara konsep Islam seperti istidlāl dengan kaedah Barat, serta menekankan peranannya dalam memelihara aqidah umat Islam.
Pada sharahan keempat yang lalu, Dr. Roslan telah menghuraikan konsep ahlul haq atau pembela kebenaran, menjelaskan kedudukan sifat-sifat Tuhan menurut Ash‘ariyyah,…

