Aqa'id al-Nasafi (Sesi ke-13)
Sat, 25 Jul
|Kediaman Dr. Roslan Jelani
Sesi ke-13 Rumusan Karya Profesor Diraja Terpuji Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas (The Oldest Known Malay Manuscript: A 16th Century Malay Translation of the ‘Aqā’id of Al-Nasafī).


Time & Location
25 Jul 2026, 9:00 pm – 10:30 pm MYT
Kediaman Dr. Roslan Jelani, 5918, Lorong Sri Cahaya 3, Kampung Melayu Subang, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia
About the event
Kehadiran secara fizikal adalah PERCUMA. Bagi menonton sesi sharahan secara langsung atau siri rakaman sharahan yang lalu, sila klik di SINI.
Pada sesi sharahan ke-12 yang telah lalu, Dr. Roslan telah membincangkan kepentingan kitab Aqa'id al-Nasafi dalam menyediakan kerangka epistemologi Islam yang kukuh bagi mendepani ancaman pemikiran Sufasta’iyyah (sofisme) dan faham sekular moden. Umat Islam kini berhadapan dengan serangan sistematik terhadap metafizik Islam melalui doktrin seperti dualisme mutlak dan rasionalisme melampau yang dibawa oleh tokoh Barat seperti Descartes dan Kant. Berbeza dengan pandangan Barat yang menganggap alam sebagai mekanisma tanpa hakikat tetap, akidah Islam menegaskan bahawa hakikat setiap sesuatu adalah thabit (tersabit) dan hanya boleh difahami melalui kesepaduan akal yang sihat, panca indera, serta panduan wahyu. Intipati pesanan ini adalah agar akal manusia tidak mendakwa mampu mencipta kebenaran sendiri, sebaliknya berfungsi untuk mengenal pasti had kebenaran objek ilmu demi menghasilkan amal soleh yang bertepatan dengan aturan Ilahi. Akhir sek…
