Aqa'id al-Nasafi
Sat, 01 Nov
|Kediaman Dr. Roslan Jelani
Sesi ke-9 Rumusan Karya Profesor Diraja Terpuji Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas (The Oldest Known Malay Manuscript: A 16th Century Malay Translation of the ‘Aqā’id of Al-Nasafī).


Time & Location
01 Nov 2025, 9:00 pm – 10:30 pm
Kediaman Dr. Roslan Jelani, 5918, Lorong Sri Cahaya 3, Kampung Melayu Subang, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Guests
About the event
Kehadiran secara fizikal adalah PERCUMA. Bagi menonton sesi sharahan secara langsung atau siri rakaman sharahan yang lalu, sila klik di SINI.
Pada sesi sharahan ke-8 yang telah lalu, Dr. Roslan telah membincangkan kandungan aqidah Islam berdasarkan teks Aqaid al-Nasafi, menonjolkan bagaimana kitab ini digunakan di 'alam Melayu pada masa lalu, membuktikan keilmuan mendalam umat Islam dan melawan ajaran sesat. Kandungan utama kitab ini menekankan bahawa haqiqat segala sesuatu adalah tetap (haqaiqul asya' thabitah), yang membantah pandangan ahli Sufi palsu (pseudo-Sufis) yang menyamakan dunia ini sebagai ilusi semata-mata, dan menegaskan bahawa wujud segala sesuatu adalah nyata kerana ia bersumber daripada Wujud Mutlaq (Allah).

