Aqa'id al-Nasafi (Sesi ke-14)
Sat, 15 Aug
|Kediaman Dr. Roslan Jelani
Sesi ke-14 Rumusan Karya Profesor Diraja Terpuji Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas (The Oldest Known Malay Manuscript: A 16th Century Malay Translation of the ‘Aqā’id of Al-Nasafī).


Time & Location
15 Aug 2026, 9:00 pm – 10:30 pm MYT
Kediaman Dr. Roslan Jelani, 5918, Lorong Sri Cahaya 3, Kampung Melayu Subang, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia
About the event
Kehadiran secara fizikal adalah PERCUMA. Bagi menonton sesi sharahan secara langsung atau siri rakaman sharahan yang lalu, sila klik di SINI.
Pada sesi sharahan ke-13 yang telah lalu, Dr. Roslan telah menghuraikan prinsip-prinsip awal dalam kitab Aqaid al-Nasafi yang menegaskan bahawa hakikat segala sesuatu adalah tetap dan benar, sekali gus menyanggah fahaman skeptisisme melampau golongan sufasta'iyyah. Dr. Roslan Jelani menekankan kepentingan mentakrifkan sesuatu mengikut kebenaran asalnya melalui proses tajrid atau abstraksi, bagi mengelakkan kekeliruan ilmu yang sering berpunca daripada pergantungan keterlaluan terhadap aspek luaran yang bersifat sementara. Melalui perspektif ontologi dan epistemologi Islam, setiap kewujudan mempunyai darjat dan martabatnya yang tersendiri yang ditetapkan oleh Tuhan, di mana ilmu yang sahih berfungsi untuk membawa manusia mencapai keyakinan yang mutlak dan harmoni dengan realiti. Justeru, umat diseru agar kembali kepada tradisi keilmuan yang berwibawa bagi melindungi pemikiran daripada penyelewengan dan pengaruh pensekularan yang mengancam kejelasan makna dalam kehidupan beragama.
