Sharahan Hakikat Insan
Fri, 10 Oct
|Bilik Ilmuan 1, Menara Razak
Ini adalah sesi sharahan bulanan yang disampaikan oleh Dr. Roslan Jelani (Felo Penyelidik Kanan RZS-CASIS), yang dijalankan secara bersemuka di UTM Kuala Lumpur anjuran Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofiah (RZS-CASIS, UTM).


Time & Location
10 Oct 2025, 9:00 pm – 10:30 pm MYT
Bilik Ilmuan 1, Menara Razak, Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Sultan Yahya Petra, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
Guests
About the event
Kehadiran secara fizikal adalah PERCUMA. Bagi mendapatkan akses kepada siaran secara langsung serta rakaman dalam siri sharahan ini, sila klik di SINI.
Pada sesi yang lalu, Dr. Roslan telah membincangkan mengenai hakikat insan dan peranan ruh dalam kehidupan manusia menurut perspektif Islam. Manusia dianggap sebagai ciptaan Allah yang paling istimewa, dengan ruh yang unik dan sempurna, dikenali sebagai al-nafs al-natiqah. Ruh ini berfungsi sebagai raja yang mentadbir segala aspek diri, menghubungkan manusia dengan hakikat kebenaran, dan bertanggungjawab untuk memupuk keinsanan sejati melalui ilmu dan kebenaran. Dengan berbuat demikian, manusia dapat mengenali Tuhan, mencapai darjat yang tinggi, dan melawan godaan shaytan serta nafsu hayyawani yang membawa kepada penderitaan.