Persidangan Antarabangsa Pandangan-Alam dan Peradaban
Fri, 04 Sept
|Pandangan-Alam dan Peradaban
Persidangan Antarabangsa Pandangan-Alam dan Peradaban merupakan siri persidangan yang menghimpunkan institusi-institusi di rantau Alam Melayu yang mendukung pemikiran Profesor Diraja Terpuji al-Marhum Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, khususnya gagasan ta'dib dan pengislaman ilmu.


Time & Location
04 Sept 2026, 8:00 pm GMT+7 – 05 Sept 2026, 10:00 pm GMT+7
Pandangan-Alam dan Peradaban
About the event
Persidangan Antarabangsa Pandangan-Alam dan Peradaban merupakan siri persidangan yang menghimpunkan institusi-institusi di rantau Alam Melayu yang mendukung pemikiran Profesor Diraja Terpuji al-Marhum Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, khususnya gagasan ta'dib dan pengislaman ilmu. Persidangan ini berikhtiar mempertemukan para ilmuwan, murid-murid al-Attas, serta ahli akademik muda untuk membincangkan dan mengembangkan pemikiran-pemikiran al-Attas untuk merumuskan jawapan dan rancangan strategik dalam mengatasi cabaran-cabaran semasa yang dihadapi umat Islam.
Dengan tema "Pengislahan Umat Islam Melalui Gagasan Ta'dib", persidangan ke-2 tahun 2026 ini berasaskan keyakinan bahawa pelbagai kegentingan kontemporari berpunca pada apa yang telah lama dikenal pasti oleh al-Attas sebagai keruntuhan adab (the loss of adab), iaitu kegagalan mengenal dan mengiktiraf kedudukan yang tepat dalam susunan ilmu, wujud, dan kehidupan bermasyarakat.
Ta'dib, sebagai proses pendidikan yang menanamkan adab, dikemukakan sebagai pendekatan utama untuk membina semula umat dan peradaban yang boleh diterapkan dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, sains, teknologi, ekonomi, politik, kesihatan, psikologi, seni, dan kesusasteraan.…
Schedule
1 hourMajlis Pembukaan dan Kata-Kata Aluan
Grand Pancar Ballroom
40 minutesSesi Ucaptama I: Kejelasan Sebagai Unsur Penyatu Bagi Tiga Takrif
Grand Pancar Ballroom
