
PANDANGAN-ALAM & PERADABAN
merupakan siri persidangan yang menghimpunkan institusi-institusi di rantau Alam Melayu yang mendukung pemikiran Profesor Diraja Terpuji al-Marhum Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, khususnya gagasan ta'dib dan pengislaman ilmu. Persidangan ini berikhtiar mempertemukan para ilmuwan, murid-murid al-Attas, serta ahli akademik muda untuk membincangkan dan mengembangkan pemikiran-pemikiran al-Attas untuk merumuskan jawapan dan rancangan strategik dalam mengatasi cabaran-cabaran semasa yang dihadapi umat Islam. Dengan tema "Pengislahan Umat Islam Melalui Gagasan Ta'dib", persidangan ke-2 tahun 2026 ini berasaskan keyakinan bahawa pelbagai kegentingan kontemporari berpunca pada apa yang telah lama dikenal pasti oleh al-Attas sebagai keruntuhan adab (the loss of adab), iaitu kegagalan mengenal dan mengiktiraf kedudukan yang tepat dalam susunan ilmu, wujud, dan kehidupan bermasyarakat. Ta'dib, sebagai proses pendidikan yang menanamkan adab, dikemukakan sebagai pendekatan utama untuk membina semula umat dan peradaban yang boleh diterapkan dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, sains, teknologi, ekonomi, politik, kesihatan, psikologi, seni, dan kesusasteraan. Persidangan selama tiga hari ini terbuka kepada ahli akademik, penyelidik, guru, pelajar, dan masyarakat umum yang berminat terhadap budaya ilmu.
PERHATIAN:
Kepada mereka yang telah membuat pembayaran kepada pihak RZS-CASIS / HAKIM sila daftar sebagai SITE MEMBER (sekiranya belum) sebelum akses anda dapat diaktifkan. Terima kasih.
Akses bagi Persidangan Antarabangsa ini boleh diperolehi melalui lagganan pakej di bawah:


Sesi Ucaptama I - Kata-Kata Aluan

Sesi Ucaptama I - Kejelasan Sebagai Unsur Penyatu Bagi Tiga Takrif Utama Ilmu

Sesi Ucaptama II - Insan Adabi Sebagai Pelaku Kegiatan Ekonomi

Sesi Ucaptama III - Faham Keadilan Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas

KATA-KATA ALUAN
Prof. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud
8.00 malam (WIB)
Jumaat, 4 September 2026
Dalam ucapan perasmian ini, Prof Wan membentangkan visi tentang pengislahan umat melalui gagasan ta'dib yang berteraskan pemikiran ilmuwan besar Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Krisis utama masyarakat hari ini bukanlah sekadar isu material, melainkan kekeliruan ilmu dan keruntuhan adab yang telah melahirkan pemimpin palsu serta membelenggu jiwa manusia. Melalui pembacaan beberapa puisi peribadi, beliau menyeru para aktivis dan sarjana agar tidak hanya mengejar kuasa luaran, sebaliknya menumpukan usaha kepada pembinaan semula peribadi dan bahasa ilmi sebagai asas kebangkitan peradaban. Akhir sekali, beliau mengingatkan tentang kepentingan istiqamah, kesetiaan kepada guru, dan perpaduan utuh ibarat batu-bata yang membina benteng, sambil mengajak setiap individu untuk terus menyalakan cahaya kebenaran meskipun dalam kegelapan zaman.

Kejelasan Sebagai Unsur Penyatu Bagi Tiga Takrif Utama Ilmu
Dr. Mohd. Zaidi Ismail
9.00 malam (WIB)
Jumaat, 4 September 2026
Pemerihalan ta’dīb menurut rumusan Almarhum Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas memerlukan pemerihalan adab sedangkan pemerihalan adab pula menuntut pemerihalan ilmu. Tatkala memahami penjelasan Almarhum perihal ilmu, perhatian kita tertumpu kepada rumusan masyhur beliau yang menyebatikan segi ḥuṣūl dengan segi wuṣūl dalam ketibaan makna. Penelusuran terhadap asal-usul rumusan beliau itu pasti menjuruskan kita kepada khazanah pentakrifan ilmu dalam tradisi ilmu kalam. Walau bagaimanapun, takrif ilmu yang sedemikian bukannya satu-satunya takrif yang dikemukakan dalam tradisi tersebut. Sekurang-kurangnya terdapat dua lagi takrif ilmu yang sering dikemukakan. Sekiranya setiap satu daripada tiga takrif itu berperanan untuk menyatakan segi-segi utama dan ciri-ciri penting ilmu yang bukan sahaja berbeza tetapi juga tidak terangkum dalam dua lagi takrif yang lain itu, maka timbul persoalan: tiadakah unsur penyatu bagi ketiga-tiga takrif tersebut? Dengan memanfaatkan penerangan yang dikemukakan oleh Imam Al-Ghazali lebih sembilan puluh dasawarsa yang lalu, makalah ini bertujuan mengetengahkan KEJELASAN sebagai unsur sedemikian.

Insan Adabi Sebagai
Pelaku Kegiatan Ekonomi
Prof. Madya Dr. Ugi Suharto
9.40 malam (WIB)
Jumaat, 4 September 2026
​Ilmu ekonomi konvensional telah menyempitkan manusia dalam kegiatan ekonominya sebagai Homo Economicus. Telah banyak kritikan dikemukakan oleh para ahli ekonomi Islam lalu mereka menukar istilah itu dengan istilah Homo Islamicus untuk menyesuaikan dengan konsep ekonomi Islam. Namun worldview Islam yang dikemukakan oleh Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas menyatakan bahwa manusia bukanlah sejenis Homo, bahkan bukan Homo sapiens. Manusia adalah Insan. Sebagai ‘insan’ manusia memiliki dua diri: diri akali dan diri hayawani. Menerusi konsep Adab, Prof. al-Attas menyatakan bahwa Insan Adabi adalah manusia yang mengenal sifat dirinya kemudian senantiasa menempatkan kedua-dua diri itu pada tempatnya yang wajar dengan cara diri akali itu menguasai dan mengawal diri hayawani. Dalam konteks kegiatan ekonomi, seperti consumption, production, exchange dan distribution, khususnya sebagai pengguna (consumer), insan adabi tidak akan terperangkap dengan consumerism atau mengikuti theory of consumption behavior yang diajarkan dalam ilmu ekonomi konvensional. Insan Adabi dibekali dengan sifat ‘iffah (temperance) yang memiliki unsur self-restraint (kawal diri) dan moderation (bersedarhana) dalam mengonsumsi atau menggunakan barang baik sebelum menggunakannya (pre-consumption behavior) ataupun ketika sedang menggunakannya (while consumption behavior). Ini akan berpengaruh pula pada prilaku kegiatan ekonomi yang terkait dengan bidang keuangan (finance) seperti kegiatan mencari income, membuat spending, dan melakukan saving serta investment. Kesederhanaan dalam menggunakan dan mengonsumsi ini dalam Bahasa Arab disebut sebagai ‘iqtisad’ yang mana ilmu ekonomi disebut oleh orang-orang Arab modern debagai ‘ilm al-iqtisad’. Kesimpulannya adalah Insan Adabi bersikap ‘iffah dalam melakukan kegiatan ekonomi yang terkait dengan konsumsi. Sikap ‘iffah terkait dengan prilaku pra-konsumsi seperti menghindari yang haram zatnya dan juga cara mendapatkannya. Sikap ‘iffah juga terkait dengan prilaku dalam mengonsumsi barang itu sendiri yaitu dengan bersikap iqtisad atau bersederhana.

Faham Keadilan Menurut
Syed Muhammad Naquib al-Attas
Prof. Madya Dr. Khalif Muammar A. Harris
8.00 pagi (WIB)
Sabtu, 5 September 2026
Faham keadilan dalam pemikiran Syed Muhammad Naquib al-Attas merupakan kesinambungan faham keadilan yang telah lama dibicarakan oleh Plato, Aristotle dan al-Ghazali yang melihatnya sebagai suatu persoalan moral dan etika sebelum menjadi persoalan politik. Keadilan menurut beliau merupakan suatu budipekerti, perbuatan manusia yang unggul, dan suatu keadaan di mana sesuatu itu berada pada tempatnya yang benar. Keadilan politik oleh kerana itu merupakan hasil daripada keadilan moral, tanpa keadilan moral tidak akan wujud keadilan politik. Al-Attas juga mengkritik pemisahan (dualisme) di antara keadilan alamiah (natural justice) dengan keadilan sivil (civil justice) yang berlaku di Barat akibat perubahan dan kekaburan pandangan alam. Keadilan alamiah, yang fiṭrī dalam diri insan, perlu mendahului dan mendasari keadilan sivil, dan oleh kerananya tidak sepatutnya dilihat secara terpisah. Kesatuan dan keharmonian dua jenis keadilan ini dapat dijelmakan di dalam masyarakat Islam kerana agama dilihat sebagai asas dan pemicu pembangunan masyarakat. Kekeliruan terhadap faham keadilan menjadi semakin parah dengan kemunculan liberalisme, libertarianisme, sosialisme dan komunisme. Pemikir-pemikir liberal dan libertarian memaknakan keadilan dengan kebebasan (freedom), lebih banyak kebebasan diberikan kepada manusia dan pasar maka lebih banyak keadilan akan dapat dikecapi oleh masyarakat. Pemikir-pemikir sosialis dan komunis pula berpendapat bahawa keadilan menuntut kesamarataan (equality), kebebasan individu dan pasar perlu dikorbankan demi mencapai kesamarataan. Keadilan sebagai suatu persoalan moral telah hilang daripada perbahasan ilmiah. Al-Attas menawarkan kefahaman yang mendalam terhadap konsep dan pengamalan keadilan menurut Islam dengan menghubungkaitkannya dengan faham adab, ḥikmah dan kebahagiaan. Kefahaman beliau ini bukan hanya dapat meleraikan kekusutan faham keadilan moden tetapi juga dapat menjelaskan langkah-langkah praktikal untuk pengislahan umat Islam.

SESI PLENO I
8.45 pagi (WIB)
Sabtu, 5 September 2026
Prof. Dr. Syamsuddin Arif (INSISTS/UNIDA) Truth in the Islamic Worldview: Ontological, Epistemological, and Ethical Dimensions Dr. Mohd. Farid Mohd. Shahran (IKIM) Mengembalikan Kedudukan Agama Sebagai Teras Akhlak di Era Pasca Kebenaran Dr. Mohd. Hilmi Ramli (RZS-CASIS, UTM) Pemikiran Kreatif Menurut Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas

SESI PLENO II
11.00 pagi (WIB)
Sabtu, 5 September 2026
Dr. Adi Setia (WIRA/IRL) Tempelization: Islamisation & the Challenge of Structural Capture Dr. Adian Husaini (At-Taqwa College) Menuju Negara Adil dan Beradab: Aplikasi Konsep Adab SMN al-Attas dalam Pemikiran Kenegaraan dan Pendidikan di Indonesia Dr. Siti Nur Alaniah (AIN) Ta'dib in Contemporary Social Development

UCAPAN
Professor Dr. Alparslan Açıkgenç
9.00 malam (WIB)
Sabtu, 5 September 2026
In this speech, Professor Alparslan explores the profound relationship between worldview and civilization, defining a worldview as the non-observable foundation consisting of logically organized "conceptual unities" that govern all human conduct. He outlines a developmental hierarchy of worldviews—moving from the natural to the transparent and eventually the scientific—positing that a global civilization only emerges when a society’s mental framework becomes sufficiently sophisticated to integrate complex scientific and value structures. Central to this system is a tripartite classification of knowledge: nutrative knowledge (scientific facts), vital knowledge (spiritual revelation), and the ideal nutrative-vital synthesis, which mirrors the human need for both food and air. The Professor elevates the work of Syed Muhammad Naquib al-Attas, identifying him as a system philosopher whose metaphysics provides a safeguard against the corruption of knowledge and the loss of adab (proper place/discipline). Ultimately, the speech presents Al-Attas’s philosophical system as a comprehensive epistemological framework designed to guide the Islamic world toward a balanced, principled, and scientifically vibrant civilization.
