Al-Dīn dan Prinsip Asas Tamaddun
Mon, 29 Sept
|Dewan Kuliah Cempaka, Fakulti Sains, UM
Pada sesi keempat ini Dr. Roslan akan menghuraikan mengenai al-Dīn sebagai suatu yang dimaksudkan untuk menjadikan hakikat dan tujuan hidup insan nyata, dan hanya ada satu saja agama tanzil yang benar-benar asli yakni al-Dīn yang dinamakan sebagai Islam.


Time & Location
29 Sept 2025, 8:30 pm – 10:30 pm MYT
Dewan Kuliah Cempaka, Fakulti Sains, UM, 50603 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
Guests
About the event
Siri Asuhan Pemimpin Muda terdiri daripada 7 sesi sharahan anjuran Malaysian Relief Agency (MRA-Selangor) dengan kerjasama UTM RZS-CASIS dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Sijil penyertaan akan dikeluarkan kepada peserta yang menyertai sekurang-kurangnya 5 sesi secara fizikal.
Penyertaan secara fizikal adalah PERCUMA. Bagi mengikuti sharahan secara langsung di atas talian, sila mendaftar sebagai 'Site Member' dan langgani pelan bersesuaian yang ditawarkan. Langganan anda membantu kami dalam pengendalian platform ini serta penganjuran program-program yang berkaitan. Sokongan anda amatlah dihargai. Terima kasih.
Pada sesi keempat ini Dr. Roslan akan menghuraikan mengenai al-Dīn sebagai suatu yang dimaksudkan untuk menjadikan hakikat dan tujuan hidup insan nyata, dan hanya ada satu saja agama tanzil yang benar-benar asli yakni al-Dīn yang dinamakan sebagai Islam. Beliau juga akan membahaskan bahawa al-Dīn menjadikan insan lebih bersifat murni dari segi keinsanannya dan membebaskannya daripada belenggu hayawanī; mengithbatkan suatu faham keadilan yang kukuh yang menjadi dasar pada akhlak dan budi pekerti;…

