Sharahan Hakikat Insan (Sesi ke-24)
Fri, 08 May
|Bilik Ilmuan 1, Menara Razak
Ini adalah sesi sharahan bulanan yang disampaikan oleh Dr. Roslan Jelani (Felo Penyelidik Kanan RZS-CASIS), yang dijalankan secara bersemuka di UTM Kuala Lumpur.


Time & Location
08 May 2026, 9:00 pm – 10:30 pm MYT
Bilik Ilmuan 1, Menara Razak, Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Sultan Yahya Petra, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
About the event
Kehadiran secara fizikal adalah PERCUMA. Bagi mendapatkan akses kepada siaran secara langsung serta rakaman dalam siri sharahan ini, sila melanggan PELAN yang bersesuaian.
NIKMATI DISKAUN 100% BAGI BULAN PERTAMA LANGGANAN!
Masukkan kod kupon SHARAHAN ketika membuat pembayaran
Pada sesi yang lalu, Dr. Roslan telah membincangkan tentang hakikat perbuatan insan dan kaitannya yang mendalam dengan ilmu, amanah (taklif), dan fakulti dalaman manusia. Setiap tindakan yang benar-benar layak diangkat sebagai ibadah dan membawa kepada makam ubudiyah mestilah berasaskan kepada ilmu yang utuh mengenai diri dan hubungan dengan Allah SWT, serta kemampuan untuk menaklukkan hawa nafsu. Teras utama perbahasan berkisar tentang konsep sharat dan mashrut, di mana interaksi antara fakulti-fakulti dalam diri, khususnya al-nafs al-naṭiqah dan al-nafs al-ḥayawāniyyah, berfungsi sebagai sharat yang memungkinkan perbuatan (al-istita’ah) terzahir secara sedar, bukan sekadar sebab dan akibat.
Selain itu, ilmu yang dimaksudkan—yang bersumberkan Al-Qur'an dan Al-Sunnah—adalah aspek żātī (elemen substantif) bagi insan kerana ia berfungsi sebagai pengawal perbuatan,…
