Sharahan Hakikat Insan (Sesi ke-25)
Fri, 12 Jun
|Bilik Ilmuan 1, Menara Razak
Ini adalah sesi sharahan bulanan yang disampaikan oleh Dr. Roslan Jelani (Felo Penyelidik Kanan RZS-CASIS), yang dijalankan secara bersemuka di UTM Kuala Lumpur.


Time & Location
12 Jun 2026, 9:00 pm – 10:30 pm MYT
Bilik Ilmuan 1, Menara Razak, Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Sultan Yahya Petra, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
About the event
Kehadiran secara fizikal adalah PERCUMA. Bagi mendapatkan akses kepada siaran secara langsung serta rakaman dalam siri sharahan ini, sila melanggan PELAN yang bersesuaian.
Pada sesi yang lalu, Dr. Roslan telah menghuraikan hakikat insan melalui lensa psikologi Islam, melalui peranan iradah (kehendak) dan qudrah (kuasa) yang dianugerahkan Tuhan untuk melaksanakan perbuatan ikhtiyari atau pilihan bebas. Keupayaan memilih ini harus dipandu oleh nafs al-natiqah (jiwa rasional) melalui pemerkasaan quwwah alimah (daya ilmi), agar setiap tindakan manusia tidak terperangkap dalam tuntutan rendah hawa nafsu dan kekeliruan pemikiran moden. Beliau juga menyentuh tentang kepentingan ilmu pengenalan atau makrifah yang melampaui sekadar pengetahuan sains zahiriah demi mencapai tahap nafs al-mutmainnah (jiwa yang tenang). Akhirnya, tujuan utama pendidikan dan kewujudan manusia adalah untuk mengenali Tuhan melalui penyatuan iman, Islam, dan ihsan dalam setiap dimensi kehidupan.
