Adab dan Falsafah Pendidikan Islami
Mon, 24 Nov
|Dewan Kuliah Vanda, Fakulti Sains, UM
Pada sesi keenam ini Dr. Roslan Jelani akan menjelaskan faham adab dan faham-faham penting yang bersekutu dengannya dan menghuraikan bahawa pendidikan mesti diliputi dengan tujuan akhlaqiyah
Registration closes 24 Nov 2025, 8:00 pm MYT


Time & Location
24 Nov 2025, 8:30 pm – 10:30 pm MYT
Dewan Kuliah Vanda, Fakulti Sains, UM, 50603 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
About the event
Siri Asuhan Pemimpin Muda terdiri daripada 7 sesi sharahan anjuran Malaysian Relief Agency (MRA-Selangor) dengan kerjasama RZS-CASIS, UTM dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Sijil penyertaan akan dikeluarkan kepada peserta yang menyertai sekurang-kurangnya 5 sesi secara fizikal.
Penyertaan secara fizikal adalah PERCUMA. Bagi mengikuti sharahan secara langsung di atas talian dan rakaman sesi sharahan yang lalu, sila klik di SINI.
Pada sesi keenam ini Dr. Roslan akan menjelaskan faham adab dan faham-faham penting yang bersekutu dengannya; bagaimana amalan yang berpusat kepada faham adab dapat mengembalikan keadaan yang lengkap-sempurna (al-ḥasanah) bagi sesuatu perkara dan benda supaya sesuai dengan haqiqat penciptaannya; dan, bagaimana diri insan yang diserapi seutuhnya dengan adab menjadi punca kepada zahirnya keadaan adil.
Dr. Roslan juga bakal menghuraikan bahawa pendidikan mesti diliputi dengan tujuan akhlaqiyah yakni melibatkan penyerapan adab dalam diri insan yang meliputi mengenali, menyungguhi, dan mengiqrarkan dalam diri akan ḥaq dan kebenaran apa yang dikenali lalu…
Registration closes 24 Nov 2025, 8:00 pm MYT

