Iman, Islam, dan Diri Sebagai Amanah Tuhan
Mon, 06 Jul
|RZS-CASIS
Siri sharahan pengenalan ini amat sesuai bagi peserta yang ingin mengenali kata-kata kunci dan konsep-konsep utama di dalam Pandangan Alam Islam.


Time & Location
06 Jul 2026, 9:00 pm – 10:30 pm
RZS-CASIS, Jalan Sultan Yahya Petra, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
About the event
Kehadiran secara fizikal adalah PERCUMA. Bagi mengikuti sharahan ini secara langsung di atas talian atau menonton siri rakaman sharahan yang lalu, sila klik pautan INI.
Siri sharahan ini membahaskan konsep Iman, Islam, dan hakikat diri sebagai amanah Tuhan melalui perspektif metafizik dan psikologi Islam. Perbincangan menekankan kepentingan makrifatullah sebagai akar umbi agama yang bermula dengan proses mengenali diri sendiri sebelum manusia kembali kepada Penciptanya. Melalui sesi-sesi sharahan ini diharapkan setiap individu dapat menyelaraskan intelek dan akhlak mengikut acuan wahyu agar kehidupan sentiasa harmoni dengan sunnatullah dan matlamat pengabdian diri.
Pada sesi yang lalu, Dr. Roslan Jelani telah menghuraikan hakikat kejadian insan bermula daripada peringkat prakewujudan (pre-existence) di alam malakut, di mana setiap ruh telah melakukan penyaksian tauhid melalui perjanjian mithaq. Beliau menegaskan bahawa ruh manusia adalah ciptaan yang paling mulia dan bersifat muhaddathah (baharu), namun ia kekal sebagai identiti diri yang tidak musnah walaupun jasad bersifat fana'. Beliau juga menekankan…
