Sharahan Hakikat Insan (Sesi ke-23)
Fri, 12 Dec
|Bilik Ilmuan 1, Menara Razak
Ini adalah sesi sharahan bulanan yang disampaikan oleh Dr. Roslan Jelani (Felo Penyelidik Kanan RZS-CASIS), yang dijalankan secara bersemuka di UTM Kuala Lumpur. NIKMATI DISKAUN 50% BAGI BULAN PERTAMA LANGGANAN! Masukkan kod kupon SHARAHAN ketika membuat pembayaran


Time & Location
12 Dec 2025, 9:00 pm – 10:30 pm MYT
Bilik Ilmuan 1, Menara Razak, Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Sultan Yahya Petra, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
Guests
About the event
Kehadiran secara fizikal adalah PERCUMA. Bagi mendapatkan akses kepada siaran secara langsung serta rakaman dalam siri sharahan ini, sila klik di SINI.
NIKMATI DISKAUN 50% BAGI BULAN PERTAMA LANGGANAN!
Masukkan kod kupon SHARAHAN ketika membuat pembayaran
Pada sesi yang lalu, Dr. Roslan telah menekankan bahawa asas kehidupan manusia sebagai insan adalah tawhid, yang diumpamakan sebagai pohon yang benihnya telah ditanam oleh Tuhan sebelum kita diciptakan. Untuk mencapai keredaan Allah dan menerbitkan segala potensi diri (fakulti), nur tawhid ini mesti disuburkan dan dizahirkan sepenuhnya, yang seterusnya membawa kepada kejernihan ibadah.
Dr. Roslan Jelani juga telah menegaskan bahawa martabat diri insan adalah sangat tinggi kerana kesanggupan memikul amanah yang ditawarkan oleh Allah, sesuatu yang tidak mampu dipikul oleh makhluk lain, oleh itu kita mesti memelihara harga diri ini daripada dijual demi perkara-perkara dunia yang fana.
Akhir sekali, beliau telah menekankan bahawa diri kita sendiri adalah modal yang paling bernilai yang dipinjamkan oleh Allah…

