Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam
Fri, 05 Jun
|Kek Molek Cafe
Kandungan karya Profesor al-Attas ini dengan susunan hujah-hujahnya akan diberikan pencerahan serta dikaitkan kembali ke tradisi turath Islam oleh muridnya sendiri, Dr. Roslan Jelani. Ini adalah sesi sharahan yang ke-14.


Time & Location
05 Jun 2026, 9:00 pm – 10:30 pm MYT
Kek Molek Cafe, 5436, Jalan J 9, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
About the event
Kehadiran secara fizikal adalah PERCUMA. Bagi mengikuti sharahan siaran secara langsung di atas talian serta rakaman dalam siri sharahan ini, sila klik di SINI.
Pada sesi yang lalu, Dr. Roslan Jelani telah membincangkan cabaran hegemoni falsafah moden terhadap pemikiran umat Islam melalui lensa karya Profesor Syed Muhammad Naqib al-Attas yang menekankan kepentingan melakukan tinjauan tajam dan penyelidikan memerinci terhadap sains semasa bagi mengelakkan penerimaan membuta tuli yang boleh mengakibatkan kerosakan ilmu serta kekeliruan akidah. Sains moden sering membawa agenda tersembunyi yang memisahkan antara hakikat dan kebenaran, sekali gus mencetuskan dualisme yang menafikan peranan wahyu dan kewujudan Tuhan dalam sistem alam. Kesannya, umat Islam terperangkap dalam tragedi pemikiran yang mengejar kemajuan tanpa penghujung, sementara mengabaikan pandangan alam Islam yang seharusnya berpaksikan kesatuan ilmu dan makrifah. Pemulihan makna asasi seperti adab, akhlak, dan nubuwwah adalah benteng untuk menghadapi faham materialisme dan evolusi yang mengancam keharmonian jiwa manusia.
