top of page

Aqa'id al-Nasafi

Sat, 20 Jun

|

Kediaman Dr. Roslan Jelani

Sesi ke-12 Rumusan Karya Profesor Diraja Terpuji Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas (The Oldest Known Malay Manuscript: A 16th Century Malay Translation of the ‘Aqā’id of Al-Nasafī).

Aqa'id al-Nasafi
Aqa'id al-Nasafi

Time & Location

20 Jun 2026, 9:00 pm – 10:30 pm

Kediaman Dr. Roslan Jelani, 5918, Lorong Sri Cahaya 3, Kampung Melayu Subang, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia

About the event

Kehadiran secara fizikal adalah PERCUMA. Bagi menonton sesi sharahan secara langsung atau siri rakaman sharahan yang lalu, sila klik di SINI


Pada sesi sharahan ke-11 yang telah lalu, Dr. Roslan telah membincangkan kepentingan mengithbatkan hakikat sesuatu (haqa’iq al-ashya’) sebagai asas utama dalam membina akidah dan tamadun insan. Beliau menjelaskan bahawa alam ini mempunyai kewujudan yang hakiki dan bukan sekadar khayalan, di mana setiap perkara dalam realiti ini merupakan tajalli atau penyataan sifat Allah yang bersumberkan ilmu-Nya yang tetap dan tidak berubah.


Melalui lensa sejarah, teks ini menonjolkan bagaimana tradisi ilmu di alam Melayu seawal abad ke-15 telah mencapai tahap saintifik yang tinggi bagi menangkis pemikiran Sufasta'iyyah atau sofisme yang cuba merosakkan kebenaran melalui faham relativisme dan keraguan. Kegagalan memahami hakikat yang terthubut dalam ilmu Tuhan ini mengakibatkan kekacauan adab dan kerosakan istilah-istilah penting seperti ilmu, keadilan, dan kebahagiaan dalam sistem pendidikan moden. Justeru, sharahan ini menyeru para penuntut ilmu…

Share this event

bottom of page